Assalamualaikum, semua...
Ada satu hari tu, suami ikut jalan dalam, pandu kereta melalui taman perumahan di Sitiawan. Bawa slow la, sebab bila lalu kawasan perumahan ada bonggol di jalanraya. Ternampak satu rumah. Rumah teres lot tepi. Cantik rumahnya, sebab penuh bunga berwarna-warni. Ada tanam dalam pasu, ada tanam di tanah. Ada bunga merah, pink, biru, ungu, bermacam-macam warna. Lawa giler, bagi saya. Saya tahu, bukan senang nak membela pokok bunga cantik macam itu. Tapi itulah yang saya nak, impian saya. Penuh bunga-bunga cantik di laman rumah.
Pada 4 Disember 2025 yang lepas, saya singgah Bujang Garden. Saja, jalan-jalan tengok bunga. Saya mencari pokok yang tahan panas, senang jaga, berbunga, tapi kalau tak berbunga pun tak apa lah, ada daun yang rimbun. Pusing punya pusing, saya pilih dua pokok.
![]() |
| Salvia ungu |
Brother yang jaga nursery cakap, tak perlu siram setiap hari. Mengikut AI, siram kira-kira sekali seminggu. Biarkan tanah kering di antara sesi penyiraman untuk elak air berlebihan, kerana ia lebih suka keadaan kering sedikit.
Pemangkasan berkala boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan lebih banyak bunga. Daun dari beberapa jenis salvia yang wangi boleh digunakan untuk dibuat potpourri. Saya lupa nak cium pokok salvia yang saya beli ada bau ke idok. Esok la saya tengok. Sekarang pokok ini saya sudah pindahkan ke pasu lebih besar.
![]() |
| Pokok dahlia |
Harga dua pokok bunga saya beli dari Bujang Garden ialah RM30. Semoga kedua pokok tumbuh dengan sihat dan keluarkan bunga cantik-cantik dengan warna yang terang supaya laman rumah saya tambah ceria dan berseri-seri. 🥰
Saja je, rekodkan di blog. Jadi, saya tahu bila saya beli. Kot umur pokok tak panjang pun, ada rekod saya beli pokok apa.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗



cantik la dahlia tu. minat la pula bila tengok. tapi risau mati kalau di bawah jagaan puan lydia sorang ni
ReplyDeleteHehe.. kena jaga ikut panduan saja, Lydia, Insya-Allah, hidup.
DeleteCantik2 tapi tu la nak menjaga tu kurang rajin. Kalau jenis boleh hidup kalau dibiarkan ok la.
ReplyDeleteKaktus boleh, Cie. Tak payah siram pun. 😁
DeleteSemoga terus hidup subur dan rajin berbunga.
ReplyDeleteAminn... Mekasih, Wak.
DeleteCantiknya pokok dahlia.
ReplyDeleteCuya sekarang tengah jaga pokok durian je
Lagi best jaga pokok durian, Cuya. Sampai masa, kutip hasil yang sodap!
DeleteCantik tona warna bunga dahlia tu. Semoga pokok yang dibeli semuanya membesar dengan baik dan jadi penyeri laman.
ReplyDeleteAminnn.. 🤲 mekasih, Ujie.
DeleteDua² cantik... Sy pun plan nak menanam bunga pula, gantikan pokok² berdaun depan rumah ni.
ReplyDeleteCantik pokok berdaun. Pokok bunga buat rumah lebih ceria. 🥰
DeleteWah, cantik..banyak bunga2 di sana kan..
ReplyDeleteYa, cikgu, di nursery jual pokok memang banyak bunga².
DeleteJujurnya uncle baru tahu itu bentuk bunga dahlia... (malu)
ReplyDeleteHehe.. tak yah malu, uncle. Saya pun baru tahu nama bunga lepas guna google lense.
DeleteTapi pergi Pasar Tani beli anak pokok ketumbar jawa. Yang tanam sendiri tak hidup.
ReplyDeleteAyat awal tak keluar. Cantiknya pokok2 dan bunga. Nak tanam pokok berbunga belum lagi berani. Tanam pokok berdaun saja. Pastu ayat kedua di atas.... Hehe..
DeleteBagusnya, ada jual pokok ketumbar jawa di pasar tani.
DeleteHehe.. takpe, saya faham. Saya pun suka pokok berdaun. Nanti nak cari lagi. Hehe..
cantiknyaaaaa dua-dua! gerammmnyaaa rasa mcm nak beli jugak tapi skrg ni kurang masa utk berkebun ehehe
ReplyDeleteFaham, sebab Ana kerja, dan hujung minggu, kena masak untuk emak pula, ya. Hehe...
Deletemesti cantik rumah teres lot tepi yg banyak bunga tu. laman luas, boleh tanam pokok banyak2
ReplyDeleteBetul, Mazni. Memang cantik. Ibarat taman bunga.
DeleteBerseri rumah ya ada 2 pokok bunga di atas.
ReplyDeleteAlhamdulillah, NA. Tambah seri dan keceriaan laman rumah. 😊
DeleteDua dua cantik...geram SA tengok Dahlia tu...tp Dahlia bukan indoor plant kan..kalau ye...SA nak gak cari leh letak kat office...
ReplyDeleteBukan, rasanya. Perlu matahari juga. Tapi tak perlu siram setiap hari. Boleh cuba, kalau SA nak.
DeleteBunga dahlia bila banyak cantik.
ReplyDeleteBetul, kak. Tapi sekuntum pun cantik juga. Hehe..
DeleteSedap mata memandang kalau melihat hasil tanaman mengeluarkan bunga yang I dah warna-warni.
ReplyDeleteBetul tu, kak. Hati pun berbunga-bunga, gitew.
DeleteCantiknya kombinasi warna pokok dahlia tuh. Sweet aje warnanya. Semoga kedua pokok yang dibeli segar bugar dan terus hidup dengan cemerlang ye
ReplyDeleteAminn... Mekasih, KSarie. Mudah-mudahan.
DeleteBunga yg pertama tuh agaknya sesuai buat saya yg tak terlalu pandai gardening. Apalagi tahan lasak kan. Tapi terkadang nak mulai gardening ini terpikir dengan anak2 bulu di rumah 😅😅. Sukaa sangat kalau lihat tanaman. Dikira mainan mereka 🤣
ReplyDeleteKalau ada anak-anak bulu di rumah, agak mencabar mahu gardening, Fanny. Betul, kucing suka main-main di pokok. Najis kucing juga toksik pada pokok, boleh mati.
DeleteCantik laa bunga dahlia tu .. betul kadang tanam pokok ni boleh jadi satu terapi
ReplyDeleteCantik, tapi sekarang pokoknya tidak keluar bunga pula. Tapi ok la, asalkan hidup dan daunnya hijau. Memang tenang tengok pokok ni.
Delete