Assalamualaikum, semua...
Bagi pembeli kopi Zus, sekarang tengah musim si ChubbyBara ni. Kisah pada 1 Disember yang lepas. Seperti biasa, saya beli kopi americano. Dapat cup sleeve yang panjang ini, tapi dia bagi begitu je. Eh, betul ke, cup sleeve fungsi dia? Saya pun tak tahu la. Saya letak pada cawan kopi, sebab macam payah nak pegang kalau tak letak pada cawan kopi kita. Nak sumbat dalam handbag pun macam panjang.
![]() |
| Ha, gulung dia, letak pada cawan kopi. |
Montel menatang ini. Cup sleeve paling besar pernah dapat, Zus bagi. Sudah dapat banyak, cup sleeve ini. Dekat rumah pun ada dua keping. Betul juga cakap BK, rupa si ChubbyBara ni, macam unta kemurungan.
![]() |
| Pusing cawan kopi menghala ke sini pula |
Bila pusing cawan kopi pun, masih nampak chubbyBara yang gemuk dan kemurungan itu. Macam dia mengintai di balik cawan. Saya dan suami lepak minum kopi di food court Aeon Mall Seri Manjung. Kami sudah makan di rumah, tapi suami nak juga benda ringan nak makan.
![]() |
| Dia pergi kat tempat western food dan order garlic bread. |
Atas garlic bread itu, garlic dicincang halus dan diletak atas roti. Butter tak rasa, rasanya dia tak letak pun, letak bawang putih sahaja. Nasib baik sebab bawang putih baik untuk turunkan kolesterol. Makan juga. Rasanya, dulu tak adalah begini rupa garlic bread dia. Nak jimat kos kot.
![]() |
| Cicah mushroom soup |
Mushroom sup segar dan panas dari dalam tin rasanya. Ok je. Alhamdulillah.
Banyak merchandise menarik bagi yang suka mengumpul bila ada promosi Zus ini. Tapi saya tak dapat join la untuk ChubbyBara Series ini, sebab minuman dia semua manis. Saya kurang minat minuman chocolate, walaupun ramai cakap yang Finally Pistachio Chocolate itu sedap. Di bawah Chocolate ChubbyBara Series ini juga, ada kek chocolate kunafa, yang kandungan dia sama macam minuman itu, iaitu chocolate dan pistachio. Haa... yang minat, boleh la beli. Saya tak boleh, tengah stop benda manis-manis ni. Masih setia dengan americano tanpa gula itu.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗





Linda tak join kot si chubbybara ni..macam tak reti minum airnya..kalau kacang tu makan lah..
ReplyDeleteSama kita, Linda. Kacang pistachio tu kalau makan, tak boleh berhenti, kan.
Deletewah, garlic bread lama sungguh tak ngap.. nampak gaya kena pi cari nanti..
ReplyDeleteHehe.. sila², Encik.
DeleteGarlic Bread cicah mushroom soup memang sedap.
ReplyDeleteBetul, memang sedap. Alhamdulillah.
DeleteAkak lagi ler tak reti nak layan benda viral ni semua. Tetap setia kopi o serta yang sewaktu dengannya. Chubby bara tu dah le kemurungan sempat ngendap pulak orang nak mengopi
ReplyDeleteKopi o pun sedap, kak.
DeleteHaha.. betul kak Notie cakap. 😁
Nak join the trend tapi abg Cuya tak balik kalau tk boleh ajak dia pergi Zus sebab dia je selalu beli zus
ReplyDeleteHehe.. bila dia balik, mesti dia belanja Cuya, kan.
DeleteCie dapat 3 panjang sleeve tu. Tak guna pun dia bagi camtu je.
ReplyDeleteKan.. nak guna pada cawan pun besor sangat.
DeleteBaru nampak cup holder Chubbybara Zus di meja officemate tadi.. Comel dan creative :-)
ReplyDeleteKan.. comel je. 😊
DeleteTooosss kita kak. Americano sudah yg tersedaaaap 😄😄🙌. Saya jarang tergoda dengan minuman manis2 ini. Kalopun nak rasa, palingan icip punya suami.
ReplyDeleteKuat Fanny, boleh tahan godaan minuman manis. Akak kadang terbeli juga hazelnut latte, teringin.
Deletekita minum kopi Zus jenis sachet je..cup sleeve..baru tahu masa baca entry BK...
ReplyDeleteSaya blum cuba lagi kopi zus dalam sachet tu, kak. Bagus juga, buat kat rumah je.
DeleteAlaa comelnya cup holder chubby bara ni.
ReplyDeleteHa ah, comel sebab menatang ni chubby montel. 😁
DeleteMacam-macam promosi Zus ya. Kreatif juga rupa Chubbybara.
ReplyDeleteSaya tidak ikut perkembangan juga atas faktor minum kopi sihat atau air coklat buat sendiri. Hehe.
Itu la, NA. Saya pun tak rasa nak cuba. Buat sendiri minuman di rumah pun ok, kan.
DeleteSA dah bercerai dengan Zus...lama dah x beli...hahaha...semua gara2 point SA hilang macam tu aje...
ReplyDeletePoint terkumpul tu boleh expired, SA, kalau tak redeem dalam masa ditetapkan.
Deleteammi ni asyik masuk cart tapi tak keluar2. masa nak check out tu macam eh nak ke tak , nak ke tak...sudahnya masuk bin jelah
ReplyDeleteHehe.. bagus juga masuk bin, jimat skit duit, Ammi. 👍
DeleteBanyak merchandise yang comel, unik dan menarik dari Zus Coffee rupanya ye. Sure ramai yang jadi collectors ye. Setakat ni KSarie suka minum Spanish Latte di Zus Coffee
ReplyDeleteAnak saya yang sulung tu suka spanish latte zus. Boleh gang dengan KSarie. 😁
DeleteDisebalik Cubby Bara tu..ada kopi pula kan ..kopi ni memang ramai penggemarnya ..aura semangat
ReplyDeleteYe, cikgu. Lepas pekena kopi, tambah semangat nak buat kerja. 😊
DeleteGarlic bread tu dah hangit sikit²
ReplyDeleteHa ah. Tapi kami makan je. Entah, kualiti makanan di stall western itu makin menurun.
Delete