Wednesday, March 25, 2026

Buka puasa 30 Ramadan dan Resepi Paru Masak Hitam

Hari Jumaat, 20 Mac 2026, bersamaan 30 Ramadan, saya dan keluarga checked-in rumah sementara di Uptown, Petaling Jaya

Tidak lama kemudian, kedua kakak-kakak saya pun tiba. Rumah dia orang sebelah rumah kami je. Ada kala, ke hulu ke hilir kami keluar masuk rumah ambil barang, pakai kain batik je, sebab tak ada orang pun kat laluan hall tengah antara rumah tu. 

Kakak kedua sudah sampai dari Kuching, hari sebelumnya. Dia duduk hotel dekat rumah kakak sulung. Bila kami sampai dari Perak, pindah ke Somerset pula.

Satu troli kakak sulung saya bawa barang. Itu pun, ada yang tak cukup. Tapi tak apa, sebab supermarket (Jaya Grocer) kat bawah apartment je. 

Saya ditugaskan buat jelatah. Nasi tomato, kakak sulung masak lepas Asar. Rendang ayam dan kari telur, kakak sulung sudah masak dari rumah dia. Kakak sulung saya tinggal di Subang.

Pinggan saya.

Kami berbuka makan lauk raya. Alhamdulillah. Sedap. 😋 Kelihatan kurma sebiji, lauk paru masak hitam yang saya masak dari rumah Perak, rendang ayam tapi masa ini, rendang berkuah, nak buat berbuka, jelatah, kari telur, dan nasi tomato. Saya rasa sangat bersyukur, sebab dapat juga berbuka puasa dengan adik-beradik saya, walaupun sudah akhir Ramadan. Kedudukan kami jauh-jauh, jadi jarang dapat jumpa.

Tangan kakak sulung sedang menceduk lauk paru hitam.

Hari tu masa entri 29 Ramadan, sebelum saya bertolak ke KL, blogger Suria Amanda ada komen minta resepi paru masak hitam. Baik. Berikut resepinya.

Paru Masak Hitam

Bahan-bahan:
Paru 1 kilo
Kicap pekat
Kicap manis
Jintan manis

Bahan kisar:
Bawang besar (Ikut kome la, nak guna banyak mana)
Bawang putih
5 batang serai
5 cm halia
Cili kering (ikut citarasa masing-masing, nak pedas, guna banyak)

Cara penyediaan:
1. Rebus dan goreng paru.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan jintan manis dan kicap pekat, masak hingga pekat dan likat. Saya suka letak kicap manis juga.
4. Masukkan paru yang telah digoreng ke dalam bahan tumis, perasakan.
5. Siap dan boleh dihidang.

Lauk paru ini yang habis dulu, masa raya pertama. Rendang, raya kedua ada lagi. Alhamdulillah, setahun sekali je masak lauk ni, waktu raya. 

Bolehlah cuba masak. 
Jumpa lagi, ya. 💗

25 comments:

  1. Terbayang seronoknya masak dan makan ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh lupa.
      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya Nur

      Delete
    2. Alhamdulillah. Memang seronok dan kecoh juga, sebab suara masing² high pitch. 😅
      Selamat hari raya, Mulan. Maaf zahir batin. 🤗

      Delete
  2. Alaaa... takkan gambar tangan je kakak tu.... kesian dia posing lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti gambar raya, ada tunjuk muka. Ni, fokus lauk berbuka je, uncle. Hehe..

      Delete
  3. Boleh try resepi ni nanti. Tq Nur 👍🏻
    Sekali sekala bertemu seronoklah pakat masak² makan² sama gini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², PH.
      Betul, PH. Kecoh satu rumah.

      Delete
  4. Terima kasih Nur resepinya...nanti SA nak cuba buat la...kedai kat food court bawah ni ada jual tapi x kan nak tanya resepi plak kan...nanti bila SA dah buat, SA update ye

    ReplyDelete
  5. sedap tu ..husband pernah masak paru masak hitam

    ReplyDelete
  6. sedapnya nasi tomato dgn paru masak hitam. bestla enu potluck camni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap². Selera makan ramai². 😋

      Delete
  7. KSarie suka baca cerita adik beradik berkumpul, masak dan makan sama-sama. Terasa muhibahnya. First time KSarie tau tentang menu paru masak hitam ni. Terima kasih perkongsian resepinya. Nanti boleh KSarie bagi resepi ni pada jiran yang rajin memasak tu dengan harapan bila dia masak KSarie bisa dapat semangkuk begitu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², KSarie. Haha.. good idea. 👍😁

      Delete
  8. Bila ada jintan manis tu dah rasa berempah masakannya. Tu yg buat sedap

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah berjumpa dengan kakak-kakak tersayang sambil masak dan makan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA, rejeki dapat cuti raya ke KL.

      Delete
  10. Kak nur, maaf lahir bathin yaaaaa. Baru sempat saya BW ke blog teman2 🤗.

    Sedapnyaaaa 😍😍. Kalau paru ini dimasak apa saja saya suka lah. Apalagi dimasak pedas. Masak bumbu hitam terbayang nikmatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin juga, Fanny. 🤗
      Alhamdulillah. Memang sedap lauk ni.

      Delete