Wednesday, March 4, 2026

Juadah berbuka 13 Ramadan

 14 Ramadan 1447 H.

Mood update blog kembali ke lautan dalam. Semalam satu hari saya tak update blog. Saya ambil masa untuk rehat. Nanti saya balas komen dan singgah blog kawan-kawan, ya. Apakah solusi bila tengah tiada mood untuk buat apa-apa? Kena paksa diri, kan. Kita buat je. Tak pun, tidur. 😊

Roti john crispy, RM12

Petang semalam beli di gerai burger depan kawasan perumahan saya. Hari biasa, dia punya burger ayam crispy biasa dan sos korea memang best seller. Bulan puasa, dia tambah menu roti john pelbagai jenis. Pandai anak muda sekarang niaga. Boleh order di whatsapp dulu, dah siap, boleh pergi ambil. 

Maggi goreng Ibumie

Sulaiman bosan makan nasi agaknya. Dia masak sendiri maggi goreng di atas. Pukul 7 malam dia masuk dapur. 

Salad telur rebus dan ayam

Tinggal baki tiga ketul ayam goreng berlengas dalam peti ais. Saya masukkan dalam salad. Hidangan berbuka saya. Alhamdulillah. 
Semalam angin kuat, sampai tingkap di ruang tamu boleh terbuka sendiri. Gerhana bulan, ada kawan-kawan dapat tengok gerhana bulan semalam? Sebab cuaca tak mengizinkan, saya pun tak ke masjid. Saya penakut sikit bawa kereta malam-malam kalau hujan dan angin kuat. 

Hafizan share video, tapi sana hujan lagi lebat, sampai angin buat tingkap terbuka.


Bilik dia di PUO Ipoh, ada tingkap tak ada selak, bangunan lama.
Ok, sambung gambar makanan berbuka semula.

Samosa 
Beli samosa frozen di kedai Eco Sitiawan. Ada satu saja cawangan kedai Eco yang ada jual makanan frozen. Ada 4 biji samosa dalam satu paket. Ok, rasanya. Boleh la, kalau malas pi bazar ramadan beli kuih.

Karipap
Karipap frozen kedai Eco. Rupa cantik. Tapi kurang sedap. Kena bawa keluar inti karipap baru boleh makan. Lain kali kalau beli kuih frozen kedai Eco, beli samosa saja, karipap tak payah beli.

Suami pergi Gurun, Kedah, dia ada majlis berbuka di ofis cawangan utara. Amirul keluar jumpa kawan-kawan sekolah lepas maghrib. Sulaiman pun keluar juga, lepak mamak. Itu yang makan ringkas saja. Tak masak nasi. Sudah tak ada selera makan. Lebih nak makan benda yang teringin dan ringkas.

Selamat, ye korang. Jaga diri. Selamat bekerja. Semoga anda semua sihat-sihat selalu dan bersemangat, jaga solat, jaga puasa, kuatkan diri dan usaha dekat pada Allah. 
Jumpa lagi. 💗

39 comments:

  1. InsyaAllah..aamin²..
    Jauh incikSuami berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, acara tahunan. Kena ikut perintah gitu, Linda. Jauh² pun kena pergi. 😅

      Delete
  2. Frozen ni kadang kena ada stok. Senang bila takde makanan siap masak. Tapi tu lah kadang tenguk inti juga. Pagi tadi tak nampak bulan padahal dah nak 15hb dah kita puasa.Bulan mesti dah besar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Mungkin stok lama kot, karipap tu.
      Hujan atau langit awan tebal pun, susah nak nampak bulan, kak.

      Delete
  3. Eco kat sini xde jual frozen food... selalunya frozen food yg homemade confirm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang homemade tak yah cakap la, kakmim. Memang terbaik. Tapi nak buat sendiri tu, ya Allah, pemalas yang amat! 😅

      Delete
  4. suka maggi goreng ibumie perisa asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, samalah, yang Sulaiman buat ni perisa asli.

      Delete
  5. Replies
    1. Hehe.. budak tu memang, ikut selera dia. 😁

      Delete
  6. Nak layan maggi kari pun belum tertunai hajat lagi ni. hehehehe Tenguk ibumieee aduhaiiii sulaiman. Buat achik tergoda tengguk ibumieee

    ReplyDelete
  7. Wah, seram betul mbak hujan dan angin itu. Sampai tirai tersingkap kerana terlalu kencang. Semoga sekeluarga aman-aman saja.
    Kalau sedang pening, penat, rehatlah dulu mbak. Saya pun sama, kalau banyak fikiran, saya tinggalkan dulu blog. Sambung lain kali bila fikiran sudah lebih baik, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mujurlah sebentar saja Mas Fajar, angin kuat itu.
      Terima kasih atas saranan itu, Mas. Iya, harus rehatkan minda dulu, kan.

      Delete
  8. Replies
    1. Hehe.. 😋 kenyang sebab tambah ayam dalam salad.

      Delete
  9. Ramai cakap samosa frozen tu sedap. Kena try beli lah. Kat eco kawasan umah saya ni ada jual barang2 frozen

    ReplyDelete
  10. Ingatkan sy sorang jer mood meredum ke laut dalam, hihi. Pandai Sulaiman masak mi bila dah jemu makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, sama kita, SK. 😁
      Memang tahap bosan la dia tu, sampai masak maggi goreng sendiri.

      Delete
  11. Puasa kali ni Sy pun lemak. Kadang mengantuk x leh bawak bincang. Tapi alhamdulillah bab selera makan masih tak berganjak ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. baguslah PH. Saya dah takde selera makan dah ni, ha.

      Delete
  12. Ada masa standby jugak stok frozen senang bebila nak makan.

    ReplyDelete
  13. Tidak dapat tengok gerhana bulan itu. Lupa nak tengok.
    Saya pula malas tulis. Fikir hendak tulis pasal itu tapi tidak jadi. Maka jalan-jalan ke blog orang untuk baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah jangkit NA. Jalan² ke blog orang. Tak tahu nak tulis apa dah.

      Delete
  14. Tak ingat saya nak lihat gerhana. Lupa betul2 😫. Padahal nak foto kalau sempat lihat.

    Mood saya saat ini jujurnya tak semangat. Sejak perang iran-us saya macam stress. Krn memikirkan efeknya akan kemana2. Selat Hormuz ditutup pula, Inflasi akan tinggi 😔. Saham dah jatuh. Tapi kalau ini saya akan ambil kesempatan untuk beli saham yg terdampak. Beli saat hrgnya jatuh.

    Hanya saja, utk hal2 lain, inflasi dan lainnya, pusiiiing nak pikir. Apalagi dah dekat raya. Kasian yg Orang2 kurang mampu 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga keadaan di sana semakin baik ya, Fanny, dan tidak berlarutan. 🤲

      Delete
  15. Sama la...semalam SA xde selera nak makan..minum air pun seteguk dua aje..ntah kenapa x tau...demi x nak kecikkan hati dania dah penat2 masak..SA makan aje la...gerhana x sempat nak tengok sebab Seremban sepanjang malam hujan masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, SA. Makan sekadar lapik perut.

      Delete
  16. Pernah beli karipap jugak. Tapi ada bintik-bintik hitam kat kulit. Ingatkan perisa black pepper. Rupanya dah rosak. 😥

    ReplyDelete
  17. Kadang kala memang takde mood nak menguit pun kan Tot? Tapi itu la mahu tidak mahu kena juga mengesot untuk menjalani kehidupan. Roti John tuh nampak macam 5 bintang rasanya. Tengok video angin kuat tuh mendebarkan rasanya. Semoga Tot kembali semangat ye💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap KSarie. Kena juga bergerak.
      Roti john orang tu memang sedap, ayam crispy sebiji² di dalam.
      Aminn... Terima kasih, KSarie.

      Delete
  18. Selamat berbuka puasa
    Nampak sedap roti johan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Wak.
      Memang sedap, roti john tu, Wak.

      Delete
  19. masa gerhana tu ammi tak sempat tengok pun walaupun masa kejadian tu ammi atas motor (baru turun bus). masa tu otak fikir nak makan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la. Bulan puasa ni memang kita banyak fikir pasal makan. Lagi pun waktu gerhana tu terjadi, waktu kita berbuka.

      Delete
  20. Sekarang harga roti john RM12 pun kira standard dah. Janji inti banyak, sos padu, roti pun garing… memang berbaloi laa untuk alas perut masa berbuka

    ReplyDelete