Hari ini pergi Ipoh
Saya masih dalam proses balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan. Tak siap-siap lagi. Suka baca cerita korang. Ambil masa juga. Nanti, saya buat juga, Insya-Allah, habiskan slow-slow. Saya tak sombong, tau. Cuma masa kurang sikit untuk online semenjak dua menjak ni. Maapkan saya, ye.
Semalam waktu makan malam, tanya anak bongsu, Sulaiman, dia nak makan bihun goreng ke, atau wrap untuk sarapan hari ni? Sulaiman jawap, nak makan wrap saja. Jadi, sebelum subuh pagi ni, saya sudah siapkan sarapan wrap untuk Sulaiman.
Wrap yang saya masak ni, lebih kepada versi fold-over. Saya ada kongsikan resepinya, dulu-dulu. Sat.
Baca sini, Resepi wrap versi Tot.
Dalam lebih kurang pukul 8 pagi, saya dan suami bertolak dari rumah, ke Ipoh. Nak pergi ambil anak kedua, Hafizan. Dia punya kertas terakhir final exam selesai pukul 11 pagi.
Singgah sarapan
Kami singgah sarapan di Capati Kari Kambing Bota.
Suami ambil nasi goreng ada sambal tumis ikan bilis, paru berlado dan telur mata.
Kami tiba di Ipoh awal lagi. Hafizan belum habis periksa. Jadi, kami tuju ke Padang Polo.
Brisk walk sekejap
Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Tapi sebab Padang Polo ni, banyak pokok besar, tak rasa panas sangat. Saya pula pakai jubah. Kasut pakai kasut lari. Jadi, layan kejap la kaki, tengok pokok.









Sedapnya capati. Lama dh tk makan. Dulu zaman kerja, kalau lepak mamak wajib order capati dgn limau suam.
BalasPadamSedap kan, capati. :)
Padamke mana lah kura kura tu menungkan...Salam kenal dari New Follower..jemput singah di teratak yang tidak seberapa
BalasPadamTerima kasih, follow blog saya. Nanti saya menyusul ye.
PadamSeronok betul baca coretan kak tot ni. Dah rasa macam wajib baca setiap hari hehehe. Semoga cemerlang dalam peperiksaan buat Hafizan. Rindu pulak nak study.
BalasPadamAlamak, akak tak mampu nak update blog setiap hari, SS. Kadang sibuk, tak sempat online. Huhu..
PadamAminn... terima kasih, SS. Hehe.. boleh je, sambung belajar, jika ada kemahuan.
Alhamdulillah habis dah exam-nya. Lama ke cutinya tu?
BalasPadamComelnya kura² tu...gambar pun cantik 👍🏻
Cuti 2 bulan, PH.
PadamTerima kasih.. :)
Seronoknya. Waktu ini dapat turun Ipoh dan pergi tempat-tempat baru.
BalasPadamYe, NA. Alhamdulillah. Ambil hari orang bekerja, jadi jalan tak sibuk.
PadamSemangat terus dalam belajarnya
BalasPadamCerita yang menarik, Alhamdulillah
Sehat selalu
Makasih. Alhamdulillah. Aminn, YRA.
PadamTetiba jadi teringin nak ke Perak. dulu2 rajin ke Ipoh, Cameron HIghland. Taiping.
BalasPadamMarilah datang Perak, cuti-cuti, Kak Yan. :D
PadamAlhamdulillah.. Selesai sem 2..moga beroleh keputusan cemerlang... Aamin2
BalasPadamAmin, YRA. Terima kasih, Linda.
Padamwaaahh wlupun berjubah tp tidak menjadi pghalanang utk akak briskwalk. mantap lah akak! hehehe.. moga hafizan ada rezeki dpt lagi stay di kolej kediaman yg baru utk semester depan aminn
BalasPadamSebab jarang dapat peluang jalan-jalan di tempat susah nak datang, Ana.
PadamAlhamdulillah. Baru dapat tahu tadi. Hafizan dapat penginapan blok lama, di seberang jalan Poli. Kamsis baru dalam Poli ni, untuk budak-budak baru je, paling lama dapat 2 semester saja.
Wahh berjubah ya briskwalk. Rare betul!
BalasPadamTeringat memori Cuya zaman belajar poli jugak. Tapi yg seronoknya Cuya sampai akhir sem bole duduk kamsis. Lepastu Cuya bole balik rumah tiap minggu sebab dekat je merlimau dgn jasin. Sebulan hari2 tukar baju lain2 sebab bawa dari rumah 😂
Hehe..
PadamOh, Cuya pun lepasan Poli. Untunglah Cuya, dapat lokasi dekat rumah, boleh balik selalu. :D
Comel je posing kura-kura tu. Macam mendongak menghirup udara yang segar.
BalasPadamKan.. macam healing di bawah cahaya matahari gitew.
PadamSedap nampak capati tu, btw done follow...kalau berkelapangan boleh jemput singgah ke blog saya https://syazwantahir.blogspot.com/ . saya baru nak start aktif balik berblogging. :)
BalasPadamTerima kasih, follow blog saya. Nanti saya menyusul, ya.
PadamSelamat kembali berblogging, ya.
Bagus sempat riadah...kalo saya g cari mall dah...beriadah dlm mall ada aircond...hehe
BalasPadamHehe.. betul juga tu. Tapi kalau masuk mall, risau lambat nak keluar ambil anak. Kikiki..
PadamOrang kalau kaki jalan... pakai jubah pun tak jadi halangan...
BalasPadamHehe.. pakai jubah actually, pengudaraan lebih bagus, uncle. Kiki..
PadamJubah bukan penghalangnya. Kalau dah bersemangat jangan di tegur². Tak ada hal jam 10 pun kan. Bagus dah ready pakai kasut lari, pantang nampak peluang. Larikan terus. hihi..sentiasa semangat Kak Nur.
BalasPadamBagus sangatlah Padang Polo ni ada kemudahan air dan ada CCTV untuk keselamatan. Patut ada di setiap taman rekreasi juga.
Baik kawan-kawan Hafizan tolong angkat barang. Ini barulah sahabat. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan segala kebaikan. Harap tahun depan Hafizan dapat tempat lagi di asrama. Seronoklah dah habis exam dan cuti sem. Hafizan ikut semangat maknya ni, semangat senam sentiasa ON.
Mekasih, Fizah. Akak mana-mana keluar, banyak pakai kasut lari, sebab selesa dan tutup aurat.
PadamKann... kalaulah semua PBT ambil inisiatif begini. Mesti ramai orang beriadah di taman.
Amin, YRA. Alhamdulillah, Fizah. Baru dapat tahu tadi, Hafizan dapat asrama sem depan, asrama luar Poli. Jadilah. Dia memang suka jaga body. Itu yang weight lifting tu.
Eh dr perak ke Ipoh jauh kak? Saya tertarik ke sana sejak ketemu blogger Nadia kemarin di JKT. Dia semangat cerita ttg tempat2 yg bisa dilihat di sana. Makanya THN depan saya plan ke perak 😄.
BalasPadamAkhir bulan ini banyak teman2 traveling memang, apalagi dah dekat raya haji. JD pasti sibuk. Saya sendiri kalo BW dibagi2 list nya. Semisal hari ini blog teman2 Malaysia, esok, blog teman2 Indonesia. Itupun saya bagi lagi perhari biasanya 15 blog. Jadi seminggu bisa lah BW ke banyak blog dalam list.
Baguus area kampus nya yaa. Teringat pula masa2 dulu kuliah 😄
Ipoh dalam negeri Perak, fanny... Jadi tidak boleh nak dihitung jauh ke tidak... Hihihi...
PadamKalau dr KL tu, jlnnya lancar, belum 2jam dah bisa sampai
Dari rumah akak di Manjung, untuk ke Ipoh, ambil masa antara 1 setengah hingga 2 jam. Wah, nak datang Perak. 👍
PadamBetul tu, cakap Linda. Dari KL ke Ipoh ada highway, jadi boleh sampai laju, jika trafik ok.
PadamWrap sedap, capati sedap, nasi goreng paru berlado sedap. Aihhh mana mau cari ni.
BalasPadamHehe.. meh la datang Perak, Mulan, holiday sini pulak.
Padamtakpe slow-slow untuk blogwalking dan jawap komen....utamakan kehidupan sebenar ...kehidupan maya sekadar perkongsian ilmu, pendapat, info dan silaturrahim sahaja
BalasPadamBaiklah, Encik Hanafi. Ye, ye, betul tu. 👍
PadamSama lah kita. Ada hari memang tak sempat nak reply komen. Tapi masih tetap baca entri rakan blog.
BalasPadamKan.. sibuk kerja offline.
PadamSA suka baca coretan Tot....slowly la bloggwalking...kami2 ni faham aje..kita x selalunya ada masa kan...mcm SA sendiri bekerja..bila free baru la dapat baca komen..balas pun kadang xde masa...
BalasPadamTerima kasih, SA. 🤗
PadamBetul tu. Bila free je, dapat kunjung balas blog kawan-kawan.
Jalan-jalan sambil layan awan. Bestnya!
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki, dapat tengok pemandangan cantik.
Padam