Raya haji pun radio pasang lagu raya, wei. 😁
Pagi tadi sebelum subuh, saya masak spagetti goreng.
Cuti sekolah mula hari ni, kan? Saya tak tahu cuti ke tidak, sebab Sulaiman hari-hari pergi sekolah, termasuk Sabtu dan Ahad. Bila saya tengok kalendar atas meja, baru perasan budak-budak mula cuti sekolah hari ni. Bertabahlah ibubapa yang punya anak-anak tingkatan 5.
Sulaiman pergi sekolah lambat sikit, pukul 8 pagi, time cuti sekolah ni.
Saya pergi padang dulu dengan suami, brisk walk.
Mendung dan hujan sikit pagi ni. Tapi kami masih jalan, sebab hujan halus-halus. Jalan sampai 6km. Alhamdulillah.
Cuti sekolah kome ada plan ke mana-mana ke?
Ok. Jumpa lagi. Majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri. ♥️
esok amik cuti, nak ke melaka...setelkan barang2 rumah dekat melaka nak bawa tronoh...moga dipermudah segala urusan..aamin
ReplyDeleteWah.. semoga dipermudahkan urusan Linda sekeluarga. Aminn..
DeleteCuti sekolah ni anak buah saya yg dari penang balik selangor hehe. Belum plan lagi nk buat aktiviti apa dgn diorg
ReplyDeleteKt tmpat saya pun hujan pagi ni. Ngam2 lepas saya smpai ofis barulah hujan. Kalau tk habis basah, kitonya naik motor je
Ha.. nasib baik udah selamat sampei ofis ye. Naik motor senang sana kan, boleh cilok² tak macam kete, sangkut jalan jammed.
DeleteCuti sekolah kerojer...
ReplyDeleteAlahai.. bertabahlah ye, Sueann. 💪
DeleteLibur sekolah, saya hanya rebahan di kamar saja
ReplyDeleteIngin pergi atau wisata, tapi tidak ada rencana
Istirehat di rumah saja pun sudah best.
DeleteOh dah cuti sekolah ya. Penuh la Kuantan ni nanti. Welcome everyone 😍😍
ReplyDeleteHehe.. ha ah, sini pun parking mulai penuh, orang nak pi Pangkor.
DeleteHaah tu lah napa jalan macam kureng sikit rupanya dah start cuti sekolah. KLFM pun siarkan lagu raya pagi tadi. Nak balik kampung nak balik kampung. Raya haji minggu depan baru start
ReplyDeleteHa ah. Deme putar lagu raya posa. Macam pelik je dengor.
DeletePelik cuti sekolah kali ni mula hari Khamis. Mungkin sebab nak cover raya haji kot. Raya haji tak ada lagu raya, lagu raya puasa pun bolehlah. Cuti sekolah biasanya tak jalan-jalan sebab tahu sesak.
ReplyDeleteKan.. akak pun musykil nape tak start isnin depan je.
DeleteGitu. Betul juga, memang highway sesak bila cuti sekolah, lagi² hujung minggu.
Cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke rasanya macam sama je. Sebab anak solehah baru 2y. Tak merasa lagi jadi mak mak yang ambil dan hantar anak ke sekolah. Tapi tulah, tertanya tanya jugak, dah mula ke cuti sekolahnya. Sebab anak jiran pagi pagi dah datang rumah dua tiga hari ni bermain dengan anak solehah sy.
ReplyDeleteNanti kejap je, masa tu akan tiba, Aien. Masa tu, nak masak pun tak sempat, sebab keluor masuk rumah amik hantor anak. Huhu..
DeleteMemang bertabah je ni. Anak no.2 dah dijemput dr asrama hari Rabu, Kyra 31.5 (sabtu) br boleh balik. Dia pun asyik call kata tak sabar nak balik
ReplyDeleteKann.. harap anak² kita tabah dan kuat menjelang nak spm ni.
DeleteDi sini cuti sekolah pertengahan Juni sampai pertengahan July kak. Libur sekolah tahun ajaran baru . Makanya saya nak cuti lama pertengahan Juni nanti 😁.
ReplyDeleteHarap2 hujan bisa berhenti. Di jakarta pun sama, menduuung saja. tp hawa nya panaaas .
Tak lama dah tu, Fanny. Happy holiday nanti, ya! 🤗
DeleteRumah akak pun tak hujan. Langit mendung. Kalau hujan pun, sikit² dan tidak lama.
Gelak saya baca ayat pertama tu. Memang syahdu betul.
ReplyDeleteKann... hehe..
DeleteCuti sekolah ini ada kenduri kahwin.
ReplyDeleteBest tu, NA. Boleh makan nasi minyak. Yum yum..
DeleteCuti sekolah ni macam tidak dapat hendak ke mana. Bawa budak-budak tengok Ejen Ali je setakat ni
ReplyDeleteOrait juga tu. Habiskan masa dengan anak-anak tengok wayang pun best.
DeleteSA lagi la x kemana pun...Dania cuti sem 3 bulan dia part time...nanti bulan 7 baru SA amik cuti nak berjalan kejap
ReplyDeleteLama betul Dania cuti. Politeknik pun cuti 2 bulan je. Bagus la SA, ambil cuti, berehat nanti.
DeleteSpaghetti goreng ! bila western bertemu selera Malaysia!
ReplyDeleteHa ah. Spagetti tu, tarikh luput dia lambat, banding mi kuning. Itu la penyelamat, kalau tak ada stok bahan mentah di rumah.
Delete