Bungkusan ni selamat sampai semalam. Ada 2 bungkusan sampai rumah. Kami ingatkan, kedua-duanya adalah mesin rumput yang suami saya beli dari shopee. Sebab saya tak ada beli apa-apa barang online. Pelik juga kenapa seller mesin rumput tu, pos barang asing. Mungkin tak cukup ruang dalam kotak kot, ada spare-part kena pasang sendiri. Dan orang tua yinni, tak terpikio pula nak tengok nama penerima pada kotak. Waktu bungkusan sampai, saya tak tahu lagi tentang saya jadi top commentators bulan April di blog CCL.
Lewat petang macam tu, barulah saya sempat blogwalking, dan barulah saya tahu. Pun saya tidak check bungkusan yang baru sampai, sebab ingatkan, belum pos lagi. Ternyata CCL sungguh efficient menghantar hadiah. 😁👍
Kerana menyangka ia adalah bungkusan suami beli mesin rumput, maka pagi ni barulah suami unbox kotak tersebut, untuk tengok barang. Semalam, dia kerja petang, tak sempat.
Terkoyak sikit bubble wrap, sebab suami gunting sikit dan tengok nama,"Eh, blogger Tot punya!" Haha... ok... makna hadiah CCL sudah sampai la. Saya je yang lambat tahu. Huhu...
Jomlah, tengok apa ada dalam.
Dapat tiffin comei, tiga tingkat! Lembut warnanya. 😍
Ada clip di tepi, untuk secure mangkuk tingkat. Saya tak ada lagi mangkuk tingkat moden atau orang sekarang panggil tiffin ni, di rumah.
Saya ada sia (dialek Perak yang bermaksud mangkuk tingkat lama). Pronounciation dia, bukan macam sebut perkataan sia-sia tu, tau. Dia ada dengung dalam hidung. Sia' atau siya'. Ada juga orang panggil, mangkuk tepen.
Nanti last sekali saya tunjuk rupa sia kat rumah ni. Sekarang meh kita tengok dalam tiffin ni dulu.
Wah.. lawa..! Dalam tiffin, stainless steel. Dan tiba-tiba saya teringat entri saya masak sambal tumis udang hari tu.
Klik sini: Sedap tak tau nak habaq!
Nampak gaya, macam kena repeat masak sambal tumis udang ni, pastu boleh guna tiffin ni, dan bawa ke ofis suami. Hehehe... jangan jadi macam drama saya tengok tu, sudah la. Eh, takde, takde. Suami saya mana ada secretary. Dia kerja jaga je, duduk pun luor ofis.
Terima kasih banyak, CCL. Semoga CCL sihat-sihat selalu, murah rezeki, dipermudahkan urusan seharian di samping tugas dan keluarga. Aminnn...
Sudah 2 bulan berturut-turut ni, saya dipilih sebagai top commentators di blog CCL. Kome tunggu apa lagi? Jemput la pergi bom blog CCL tu, komen banyak-banyak. Nanti kang, tak pasal-pasal, saya jadi top commentators lagi untuk bulan Mei. Ha... siapa nak jawap tu? Hehe... jemput singgah, kawan-kawan ke blog CikCappuccinoLatte, ye.
Last sekali, ni ha, gambor sia yang ada di rumah.
Turun-temurun, arwah mama punya. Kalau pi piknik Teluk Batik, bawa ni la. Bawah sekali, nasi lemak. Atas dia, sambal ikan bilis. Atas lagi satu, telur rebus. Paling atas, timun. Peh! Masih boleh terbau-bau sambal ikan bilis mama masak. Tak jumpa dah sambal rasa macam tu. Saya masak pun, tak sama macam arwah mama masak. Rindu nak makan masakan mama. Rindu nak makan masakan orang tua. Dah bosan makan masakan sendiri.
Ok la. Jumpa lagi. 💗
Cantiknya tiffin yang tot dapat tu...bestnya kalau SA yg dapat..hahahah....ye betul..SA ada sia yang kaler hitam bunga- bunga tu..yg macam ni pun ada tapi arwah mak panggil mangkuk tingkat..
ReplyDeleteHehe.. semoga ada rezeki SA pula lepas ni, dapat top commentator di blog CCL. :)
DeleteAda bekas besi dalam mangkuk tingkat. Lain daripada biasa.
ReplyDeleteItu la. Jadi, makanan kekal panas lebih lama.
DeleteTahniah kak nur... Sia lama tu kena simpan...dah jadi barang antik sekarang...
ReplyDeleteTerima kasih, Linda. Hehe.. haruslah, elok dia duduk dalam almari.
Deletewah tahniah. Mangkuk tingkat aka sia dulu banyak kat rumah aruah mak. Wajib ada sebab senang nak bawak juadah raya untuk punjungan rumah sedara dan anak-anak. Senang untuk bawak pi piknik.
ReplyDeleteTerima kasih. Betul, banyak kegunaannya, boleh isi banyak lauk dan hidangan.
DeleteTahniah..boleh bawa g piknik
ReplyDeleteTerima kasih, Sueann. Hehe.. dah bertahun tak pi piknik.
DeleteTahniah tot!! Mmg kekadang kita akn jemu nk mkn mknn yg dimasak sendiri, sbb tu lah weekend je gantung kuali dapur x berasap
ReplyDeleteMekasih, Kakmim. Kan... heaven... dapat makan luar tak perlu masak. :D
DeleteAlhamdulillah...rezeki tu
ReplyDeletesemoga ukhuwah semasa blogger terus utuh
Alhamdulillah. Aminn.... atas doanya.
DeleteTahniah! Boleh lah selalu bawak bekal ke mana-mana. 🤭
ReplyDeleteMekasih, BK. Ye, akan diusahakan untuk guna. :D
DeleteKami pun panggil sia juga. Lejen tu hihi...
ReplyDeleteTahniah Nur. Memang cantik tiffin CCL bagi ni 👍🏻
Kann... mekasih, PH.
DeleteOkeh! Ini uncle jeles!
ReplyDeleteHihihi... suruh aunty beli satu.
DeleteWaaa cantik nya... Tahniah bukan biasa biasa hadiah nya 👍
ReplyDeleteMekasih, Alhamdulillah, rejeki.
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah Nur. Cantik hadiahnya.
ReplyDeleteMekasih, Mulan. Alhamdulillah.
Deletewahhhhhhh! bestnyaaaaaaa dpt mangkuk tingkat pink!
ReplyDeleteHehe... Alhamdulillah. Suka, suka!
Deletewah, comei..congrats!!
ReplyDeleteTerima kasih, MA. Alhamdulillah. :)
DeleteBaguuuus rantang yg dari kak CCL 😍👍👍👍. Warna pun lembut...
ReplyDeleteNaah kalo rantang yg di bawah, saya ingat dulu mama punyaaa. Selalu dipakai tiap kali kami piknik ke pantai kak 😄
Samalah kita. Dalam bahasa Indonesia dipanggil rantang ya, mangkuk tingkat. Akak belajar perkataan baru hari ni. :)
DeleteTahniah Kak Tot .. selalu terjah blog CCL .. terima kasih juga terima hadiah pemberian dari CCL
ReplyDeleteTerima kasih, CCL. CCL pun selalu bom komen blog akak. Akak balas kunjungan ler. :D
DeleteAkak suka, hadiah. Semoga semakin murah rejeki CCL. Aminn...
Tahniah Tot. Tiffin moden comel. Mangkuk sia klasik memang molek
ReplyDeleteTerima kasih, Ksarie. Alhamdulillah.
DeleteComel tiffin. Warna pink lagi tu. Tahniah Kak Nur, bertambah koleksi tiffin.
ReplyDeleteTerima kasih, Fizah. Alhamdulillah, rezeki. :)
DeleteSia kak tot design tu ss selalu nampak untuk yang buat cuci tangan tu. Design lama-lama masa ss kecik.
ReplyDeleteComel betul tiffin CCL bagi kak tot. SS kena komen banyak2 kat sana ni
Ha, faham. Bekas orang basuh tangan pun, corak macam tu juga, kan.
DeleteSila, sila, SS.