Dah lega ke tu? Hehe... sibuk pula saya hari ni. Anak yang dapat result SPM, mak budak yang sibuk. Sulaiman keluar ke sekolah, ambil result, pukul 10 pagi tadi. Tapi, dia sudah check dari rumah. Sebelum keluar rumah, Sulaiman cakap, dia ada gagal satu paper, Matematik Tambahan.
Saya okay. Saya peluk dia, cakap saya terima apa saja result dia. Berapa banyak dia usaha, banyak itulah yang dia dapat, kan.
![]() |
| Masa Sulaiman baby. |
Masa dia pergi sekolah, saya sedang sibuk memasak. Eh, banyak pula whatsapp masuk. Saudara-mara yang selama ini tak pernah bertanya khabar, boleh pula tanya result anak kita dapat berapa. Aik... ingat ke, bila dapat duit KWSP je orang contact kita, bila anak dapat result SPM pun, orang contact kita juga.
Senang je. Saya cakap, tak tahu.
Tapi saya check juga online. Sebab budak Sulaiman tu, balik sekolah lambat. Dia ambil dokumen lengkap di sekolah, sijil berhenti sekolah, slip keputusan, dan semua benda. Dia sembang dengan cikgu-cikgu. Dengan cikgu Addmaths dia yang paper dia gagal pun, dia sembang juga.
Tapi, saya okay, tau. Sebab apa? Sebab banyak betul peningkatan banding result percubaan SPM dia.
Kerja saya bila anak SPM, adalah kira markah merit anak, dan senaraikan kursus yang dia layak untuk apply di UPU, based on markah merit dia.
Markah merit Sulaiman untuk percubaan, 40 plus je. Banyak kursus sijil. Tapi saya tak sedih, sebab saya tahu, benda ini akan naik. Nanti akan berubah bila keputusan SPM keluar.
Tapi memang beza banyak la. Dengan keluarnya keputusan SPM Sulaiman ni, markah merit dia naik ke 60 plus. Jadi, lebih banyak la kursus yang dia layak apply. Syukur Alhamdulillah.
Sulaiman punya result, semua huruf ada, dari A sampai G. 😁
Bila di slip keputusan itu tertulis, layak dapat sijil, saya dah bersyukur dah. Alhamdulillah. 😍🤲🥰
Sudah siap kerja saya menyenaraikan senarai kursus dia layak apply. Sekarang terpulang pada dia, nak pilih dan susun mana satu, ikut minat dia. Kita hanya boleh galakkan dan beri nasihat sedikit sebanyak.
Lain anak, lain minatnya. Sulaiman ni, dia suka bahagian elektrik dan elektronik, mekanik dan aircond. Saya okay, sebab bidang kerja macam tu la, yang orang mesti pakai, tak kira ekonomi meleset ke, perubahan cuaca ke, orang tetap hantar baiki kereta dan pasang aircond di mana-mana. Memang tangan kerja kotor, dan persekitaran panas, tak macam orang kerja pejabat, tapi asalkan anak boleh cari rezeki halal di masa depan dia, dapat sara hidup sendiri, saya sudah cukup happy.
Orait. Ingat tau, jangan bandingkan result anak kita dengan adik-beradik dia, dengan kawan-kawan dia, dengan saudara-mara kita, dengan result kita dulu. Dia dah cuba yang terbaik la tu. Terima seadanya.
Cepatnya masa itu berlalu. Anak-anak dah besar. Semua dah habis sekolah. Semoga Sulaiman dapat peluang melanjutkan pelajaran ke bidang yang dia suka.
Semoga anak-anak kawan blogger semua, anak Puan Hazel, anak Ammi, anak Mummy Ayu, siapa lagi.. semua anak-anak yang dapat keputusan SPM hari ni, dapat terus belajar atau lakukan apa saja yang disukai dan berjaya dunia akhirat. 🤲
Syukur Alhamdulillah. Jumpa lagi. 💗

Tahniah Sulaiman. Moga terus cemerlang, dunia dan akhirat.
ReplyDeleteResult SPM di ladang saya neningkat tapi Add Maths menjunam jatuh. Ada yang dapat 8A tapi Add Maths G.
Aminn... 🤲 Terima kasih, kak Amie. 🤗
DeleteSayang ye.. 8A tapi Add Maths gagal. Aduh..
alhamdulillah tahniah sulaiman...moga sentiasa cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteTerima kasih, Afzan. Aminnn, atas doanya. 🤲
DeleteAlhamdulillah, tahniah buat anak muda Sulaiman..
ReplyDeleteTerima kasih, cikgu. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah.. tahniah.. moga terus berjaya
ReplyDeleteTerima kasih, Eyma. Amin... yarabbal Alamin... 🤲
DeleteAlhamdulillah tahniah sulaiman. Semuga berjaya di masa hadapan.
ReplyDeleteTerima kasih, kak. Amin, yarabbal Alamin.. 🤲
DeleteAlhamdulillah..tahniah Sulaiman...aunty SA tumpang happy...apa pun keputusan Sulaiman..Sulaiman dah buat sehabis baik kan....Tahniah untuk Nur jugak...
ReplyDeleteTerima kasih, SA. 🤗 I lap u!
DeleteAlhamdulillah..tahniah kak Nur, bagusnya kak Nur kitakan merit untuk anak².. Linda pun kena buka mata lepas ni... Linda selalu bandingkan dengan keputusan sendiri je bila dengan anak².. hahaha..setakat ni, ibu masih champion..tapi, Linda ok je nak dapat apa pun, kita nampak usaha dia macam mana..semoga makin meningkat umur, makin boleh berfikir lah yang pelajaran ni penting..ibu bebel hari² pun tak jadi apa, kalau tuan badan rileks je..
ReplyDeleteTerima kasih, Linda. Ada benornya apa Linda cakap tu. Memang sebagai mak, kita nasihat dan bebel, tapi anak tetap anak. Camtulah gayanya. Semoga semakin membesar, semakin bijak belakalah anak-anak kita ni ya, Linda. 🤲
Deletetahniah kpd Sulaiman! Pasti ada peluang nak sambung belajar. Ambik TVET MARA pun bagus!
ReplyDeleteTerima kasih, Abe Kie. Insya-Allah. Ada apply TVET MARA, selain UPU.
DeleteAlhamdulillah…Tahniah buat anakanda Nur 👏🏽
ReplyDeleteBagus Nur sentiasa beri galakan dan semangat pada anak.
Rasa lucu pulak pasal saudara mara tanya result tapi tak pernah tanya khabar.
Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah.
DeleteItu la kan.. kepochi juga dia orang ni, sibuk nak tahu result anak kita. 🤭
Alhamdulillah tahniah Sulaiman 🤲🏻
ReplyDeleteSy pun redha dgn keputusan Abang. Kita dah bagi sepenuhnya usaha, sokongan, duit ringgit utk pastikan dia berjaya.
Yang Allah tak bagi hari ni, sy yakin doa tu akan dimakbulkan di masa akan datang, atau dapat yg lebih baik dari-Nya. Apapun keputusan syukur sangat.
Terima kasih, PH.
DeleteInsya-Allah, PH. Mudah-mudahan, ya. Alhamdulillah. 🤗🤲
Tahniah semoga terus cemerlang di masa akan datang. Bidang tvet bagus peluang untuk dapat kerja tu lebih tinggi.
ReplyDeleteAminn.. yarabbal Alaminn.. 🤲 terima kasih, Cie.
DeleteHa, ya, ada apply kursus bidang TVET.
Alhamdulillaah, tahniah yaaa Sulaimaaan.
ReplyDeleteMemang, anak tu cepat sekali besarnya ya mbak. Rasanya baru kemarin momong bayi, tau-tau sekarang sudah berlari-lari, tumbuh dan membesar. Rasanya waktu berlalu begitu cepat.
Maka dari itu, apapun hasil anak, selagi itu memang berproses lebih baik, pastilah selalu saya dukung dan semangati.
Terima kasih, Mas Fajar.
DeleteIya, kalau kita tak beri sokongan dan galakan, siap lagi ya, Mas. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima dengan lapang dada dan bersyukur seadanya.
Alhamdulillah...tahniah Sulaiman dan Puan Nor serta suami..apa-apapun keputusan SPM bukan jaminan kepada kehidupan...saya biasa-biasa saja SPM dan kini pun hidup biasa-biasa juga hahahaha...
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi.
DeleteHehe.. betul cakap Encik Hanafi. SPM bukan jaminan kepada kehidupan. Baru hari itu, saya tengok reel Irfan Khairi, beliau pun ada gagal satu kertas, tapi lihatlah beliau sekarang macamana.
Alhamdulillah. Tahniah. Semoga dpt sambung belajar dkt tmpt yg trbaik.Amin
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. Aminn, yarabbal Alamin.. 🤲
DeleteAlhamdulillah, tahniah, Sulaiman. Kami pun tumpang senang hati dengar result Sulaiman. Bagus, Sulaiman ada minat bidang elektrik ni, memang bidang yang sentiasa ada permintaan. Semoga Sulaiman dapat menyambung pelajaran dalam bidang tersebut. Untung Sulaiman ada emak yg pandai ambil tahu hal2 macam ni.
ReplyDeleteTerima kasih, SK. Amin.. yarabbal Alaminnn... 🤲
DeleteKena jadi tukang kira dan ambil tahu. Kalau tak, dia orang pakat apply je kursus yang dia minat, tak baca dulu syarat-syarat khas ke am ke, apa semua.
tahniah sulaiman...lps ni fasa menara gading plak
ReplyDeleteTerima kasih, mama Tisya. Ya.. aminn... mudah-mudahan ada rezeki Sulaiman. 🤲
DeleteAlhamdulilah tahniah! Keputusan tu hanya untuk ke arah the next step, bukannya tanda gagal dalam kehidupan kan?
ReplyDeleteIanya bukan tentang 'A' semata2, ianya tentang pengajran hidup yg kita dpt. Dan rezeki orang lain2. Cuya dulu banyak A, tapi Allah kata rezeki Cuya mcm tu, maka ianya tetap macamtu. Alhamdulilah yg penting sentiasa lahirkan rasa syukur
Terima kasih, Cuya. Betul cakap Cuya.
DeleteAkak setuju. Matang fikiran Cuya. Beruntung siapa dapat Cuya ni, tau.
Alhamdulillah dan Tahniah Sulaiman.
ReplyDeleteTerima kasih, Mulan. Alhamdulillah...
Deleteye, kalau dia kurang dari segi akademik kita hantar dia untuk kemahiran. Sebab bukan semua orang yang pandai-pandai ni reti nak tukar bulb lampu pun. Kadang-kadang sinki tersumbat pun yang bijak pandai ni tak reti nak betulkan.
ReplyDeleteHehe.. itu biasa.
DeleteAlhamdulillah tahniah Sulaiman dan Tot sekeluarga. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat menjadi anak soleh yang bermanfaat kepada agama, bangsa, negara dan keluarga. Acik Sarie memang kadang-kadang ter'gomen' ayatnya😅. Minat Sulaiman kepada elektrik, aircond dan mekanik itu memang awesome sebab sampai bila-bila ada peluang yang besar dalam bidang ini. Lagi-lagi sekarang dengan perubahan iklim makin ramai yang akan guna aircond. Manufacturing dan maintenance bahagian ni memang💪Tahniah pada anak-anak bloggers yang mendapat result SPM semalam
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. Aminn.. yarabbal Alamin...🤲
DeleteKann... bidang banyak permintaan dan job, gitu. Alhamdulillah.. 🤗
Setujuuuu kak. Masing2 anak berbeda. Tak bisa kita samakan. Even nilai ujian akhir dia mungkin standard, tp jika dia ada bakat di 1 bidang, biarkan dia mendalami itu . Setidaknya bidang itu nantinya bisa jadi income buat dia kan
ReplyDeleteIya, Fanny.. mudah-mudahan.. Insya-Allah.
DeleteSteady Sulaiman... Tahniah! Masa untuk lebarkan sayap dan terbang!
ReplyDeleteTerima kasih, uncle. Insya-Allah. 😊
Deletealhamdulillah maju terusssss sulaiman demi ibu ayah! ehehehe
ReplyDeleteAminn.. yarabbal Alaminn... 🤲 Mekasih, Ana.
DeleteBagus Nur sokong dan tidak kecewa Sulaiman gagal Matematik Tambahan. Sokongan dan doa Nur sebagai ibu penting untuk masa hadapan dia.
ReplyDeleteTahniah Sulaiman. Semoga berjaya dalam hidup dan berbahagia di akhirat. Amin.
Ya, NA. Ada hikmah apa-apa yang berlaku.
DeleteTerima kasih, NA. Aminn... yarabbal Alamin... 🤲
Alhamdulillah... tahniah buat Sulaiman, tahniah juga buat ibu ayahnya.
ReplyDeleteTerima kasih, kak. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah tahniah.... Sejuk hati ibu bila berjaya kan.. betul apa pun keputusan anak kita dlm peperiksaan.. jgn compare dgn org lain..
ReplyDeleteTerima kasih, Encik. Alhamdulillah. Apa-apa pun kena terima, sebab semua ada hikmah di sebaliknya.
DeleteTahniah sulaiman! Saya suka dgn sikap positif kak nur yg takde marah anak2 walau apa keputusan yg mereka dapat. Yg penting dia dah usaha dan nampak peningkatan
ReplyDeleteTerima kasih, Mazni. Hehe.. nak marah pun, benda dah lepas, Mazni. Kenalah terima dengan lapang dada. Betul, Insya-Allah, ada tu rezeki masing-masing. Kira okay la ni, sebab percubaan SPM dia, lagilah akak tak boleh nak cerita. Hehe..
Delete